Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tunjuk ajar my wife - cek mek molek..



        Dalam sejarah ku, kuih pertama yg dibuat dr tangan ku ni slps perkahwinan kami.. Mcm tak percy, tanganku da bakat bakat bt kuih jg.. hehe^_^.. Cek mek molek memang kegemaran aku sejak kecil lg.. lg2 klau mak aku bt cek mek molek kat rumah dulu, mesti ada yg short je jumlah kuih tu.. xtau g mana.. ayat nak bela diri sendiri time tu la.. 1st time mkn kuih cek mek molek ni, waktu mak aku bt sendiri kat rumah.. Time tu msh panas lg, maklumla br msk kat dapur.. Tanpa kira depan belakang, terus aku sambar dan masuk ke mulut.. ya allah, time tu mulut da mcm apa tah, tu la gelojoh sgt.. da terima padah.. padan muka aku time tu.. terpaksa ambil ais tuk sejukkan bibirku.. ^_^.. Okla, aku nak cerita sdkt pasal ramuan2 utk bt cek mek molek..


Ramuan:
1. Ubi keledek
2. Garam
3. Tepung gandum
4. Gula

Cara-cara:
1. Ubi keledek direbus tanpa dibuang kulit. Letak garam secukupnya.. 
2. Kira-kira dalam 45min, ubi kiranya dah masak. Boleh cuba cucuk dengan garfu, kalau x melekat tuh kire dah masak la.
3. Kulit dikupas dan seterusnya dilenyet hingga hancur sedikit. Kalau nk lagi sedap better lenyet sedikit sahaja supaya masih terdapat ubi2 yang tidak hancur. Baru sedap bile dimakan ^_^

4. Campurkan sediki tepung gandum dan gaul hingga sebati. Lagi sedikit tepung yang digunakan lagi sedap..!!


5. Seterusnya ambil sedikit dari campuran tadi dan dileperkan di atas piring. Letak sedikit gula ditengah2. Pastikan tidak diletak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Kalau banyak sgt nnt abis meleleh. Tp kalau sikit nnt xde rasa manis plak kn ^_^


6. Seterusnya tutup kembali dan bentukkan seperti bujur memanjang. 


7. Dah siap semua, boleh la digoreng dengan api yang perlahan supaya gula dapat masak dan cair. .


8. Selesai semua dan dihidangkan waktu minum petang..
 Thanks syg.. ^_^