Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tunjuk ajar my wife - cek mek molek..



        Dalam sejarah ku, kuih pertama yg dibuat dr tangan ku ni slps perkahwinan kami.. Mcm tak percy, tanganku da bakat bakat bt kuih jg.. hehe^_^.. Cek mek molek memang kegemaran aku sejak kecil lg.. lg2 klau mak aku bt cek mek molek kat rumah dulu, mesti ada yg short je jumlah kuih tu.. xtau g mana.. ayat nak bela diri sendiri time tu la.. 1st time mkn kuih cek mek molek ni, waktu mak aku bt sendiri kat rumah.. Time tu msh panas lg, maklumla br msk kat dapur.. Tanpa kira depan belakang, terus aku sambar dan masuk ke mulut.. ya allah, time tu mulut da mcm apa tah, tu la gelojoh sgt.. da terima padah.. padan muka aku time tu.. terpaksa ambil ais tuk sejukkan bibirku.. ^_^.. Okla, aku nak cerita sdkt pasal ramuan2 utk bt cek mek molek..


Ramuan:
1. Ubi keledek
2. Garam
3. Tepung gandum
4. Gula

Cara-cara:
1. Ubi keledek direbus tanpa dibuang kulit. Letak garam secukupnya.. 
2. Kira-kira dalam 45min, ubi kiranya dah masak. Boleh cuba cucuk dengan garfu, kalau x melekat tuh kire dah masak la.
3. Kulit dikupas dan seterusnya dilenyet hingga hancur sedikit. Kalau nk lagi sedap better lenyet sedikit sahaja supaya masih terdapat ubi2 yang tidak hancur. Baru sedap bile dimakan ^_^

4. Campurkan sediki tepung gandum dan gaul hingga sebati. Lagi sedikit tepung yang digunakan lagi sedap..!!


5. Seterusnya ambil sedikit dari campuran tadi dan dileperkan di atas piring. Letak sedikit gula ditengah2. Pastikan tidak diletak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Kalau banyak sgt nnt abis meleleh. Tp kalau sikit nnt xde rasa manis plak kn ^_^


6. Seterusnya tutup kembali dan bentukkan seperti bujur memanjang. 


7. Dah siap semua, boleh la digoreng dengan api yang perlahan supaya gula dapat masak dan cair. .


8. Selesai semua dan dihidangkan waktu minum petang..
 Thanks syg.. ^_^


kalam hambaallah mula berbicara..

Assalamualaikum semua..

Kelakar pun ada, sy br first time nak tulis ke blog sy ni.. Harap2 jgn tergelak bila baca karangan budak sekolah ni.. he.. First time sy saje nak share pengalaman sebelum sy berumahtangga, sblm sy mendirikan rumahtangga dgn isteri sy yg comel ni.. kami sering bergaduh2 entah dimana silapnya pun kami tak mengerti  sehingga ada perasaan marah menyelubungi fikiranku sblm berkahwin.. betulla kata org, dugaan selepas bertunang lebih besar dr segalanya.. Sy meminta sedikit nasihat dr Cik Norlaila ttg cara mengawal kemarahanku ni.. 
Lalu dia pun menceritakan padaku nasihat yg berilmu utk ku.. johari takde sapa boleh kawal kemarahan kita kecuali diri kite sendiri.
ada seorang laki2 nak sgt tahu apa erti ketenangan. maka dia disuruh mencari dahulu tntg apa itu neraka dan syurga.dia disuruh menuntut ilmu dgn seorang guru sufi.apabila berjumpa sahaja guru sufi itu,dia bertanya,apa itu neraka dan apa itu syurga.maka guru sufi itu menjawab dgn tenang,"aku takkan melayan org yg sombong dan bodoh"
maka laki2 ni menjadi marah dan terus mengeluarkan pedangnya untuk bertarung dgn guru sufi itu dan dia menerkam dgn hati yg panas.guru sufi itu sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya berpijak dan seraya berkata,"kemarahan mu itulah neraka".Lelaki itu terdiam dan terhenti.dia terduduk dan rasa kagum dgn ketenangan guru sufi itu menghadapi serangannya.Seraya dia tunduk hormat dan diam.Maka kata guru sufi itu,"nah,inilah syurga bilamana kau dapat mengawal marahmu"

Harta yang paling Berharga Ialah Lidah Yang Sentiasa Berzikir, Hati Yang Sentiasa Bersyukur Dan ISTERI SOLEHAH Yang Dapat Menolong Suami Menguatkan Imannya.”
(HR TIRMIDZI)

Wanita, ketahuilah...

Kami sulit menahan pandangan mata kami

ketika melihat kalian, 
apalagi jika kalian diamanahkan Allah 
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan 
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah 
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh 
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar 
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.


Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.



Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.


"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga, 
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,


Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti 
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...